Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan


Anda Sedang Berada Di Zon
Klinik Minda

Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Salih Dan Mereka Yang Berpesan-pesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Sabar

 Wednesday, March 22, 2006

  • Bercerita tentang "AkoJaya"

    AkoJaya


    Since its establishment in 1981, Akojaya Sdn Bhd has grown to become one of the market leaders in tableware and serving ware in this country.

    Akojaya's range of products covers all your home and personal needs. You can always find something to suit every home.  In other words, Akojaya is the perfect "Home Shopping Guide" - everything under one roof.


    AkoJaya Website


    Hari ini nak buat iklan sedikit

    Am baru mendaftar sebagai pengedar AkoJaya, entah mengapa tiba-tiba berminat pula jadi pengedar, seperti biasa isteri Am yang kenalkan dan seperti biasa Amlah yang mendaftar.

    Bila baru bermula ni, kenalah cari pelanggan jadi Am rasa yang paling penting kenalah orang tahu yang Am ni dah jadi pengedar, buat masa sekarang ini setakat kenalan dekat semua dah tahu, buat entry hari ini adalah nak beritahu rakan-rakan jauh lah pulak.

    Ada sesiapa yang berminat ker? jika berminat tinggalkan pesanan di YM atau email Am, cara bayaran boleh dirundingkan (ceeewah cakap macam ahli perniagaan pulak hehehehe)

    Luminarc
    Akojaya is proud to introduce the reorganized LUMINARC brand which combines the very best of Arcopal, Arcoroc and others under one name. This concept reflects changes in female consumer demands and preferences.

    Crystal D'Arques Paris - the brilliant stars of every party!
    This 24% lead crystal from France exhibits that the brilliance of crystal is no less than a diamond.

    Kuhn Rikon
    Different cookware serves different purposes. Kuhn Rikon Switzerland created 3 main series which are compatible with all kinds of stoves to cater to the needs of every modern individual who demands ease of use, healthy eating lifestyle, quick and efficient cooking.

    The Prestige Collection
    Fine porcelain will always stand the test of time. The Art of Fine Dining is not about food alone. There is presentation on the very best of dining ware. There is that subtle distinction between 'being good' and 'the best'.


    Nota Kaki:
    Jom order....Jom order....Jom order..........


    AbahMuda @ Am @ 08:09 am | 6 Jejak |

    Â Tuesday, March 21, 2006

  • Bercerita tentang "Apa Telah Terjadi"

    Senja


    Sudah agak lama photo ini tersimpan dalam koleksi Am, belakang pokok itu ialah masjid negara di waktu awal senja.

    Cuaca yang agak berjerebu sekarang tidak mengizinkan Am menrakamkan photo yang menarik.


    Senja Lagi...
    Original Upload from O2 Xda II mini

    Hujung minggu lepas menonton cerita CSI tentang ahli tinju yang bertanding sehingga membunuh lawannya dengan niat, teringat pula Am tentang hari Jummat lepas, Am pergi tahlil di pejabat Am untuk Arwah yang mati dibunuh di Kondo kediamannya dan teringat juga Am tentang empat sekeluarga yang mati dibunuh di dalam rumah mereka sendiri.

    Sekarang ini boleh kata setiap hari ada sahaja kisah pembunuhan di dada-dada akbar, kalau dulu orang akan buat pukul setengah mati, sekarang pula pukul sampai mati, risau betul Am apa kan terjadi 10 tahun akan datang nanti.

    Am mula tertanya-tanya akan nilai nyawa kita sekarang ini, begitu murah sekali, sikit hal nyawa kita boleh terancam, silap-silap kalau salah jeling pun nyawa jadi taruhannya.  Sekarang ini tiada lagi tempat yang selamat bagi kita dan keluarga kita.  Malas nak salahkan sesiapa kerana kita sendiri tahu salahnya dimana, terlalu banyak perancangan dan perdebatan yang dilakukan untuk mengurangkannya tapi perancangannya masih jauh dari sempurna.

    Fikirkanlah
    SALAH DAN BENAR - Kalau hendak tahu kesalahan orang tanyakanlah pada musuhnya.. Kalau hendak tahu kebaikan orang tanyakanlah pada kawannya.. Kerana ada yang salah dibenarkan dan yang benar disalahkan.. tergantung sama ada dia dibenci dan disayangi


    Nota Kaki:
    Cuba mencari ruang dalam dunia yang membahaya ini.....


    AbahMuda @ Am @ 09:25 am | 5 Jejak |

    Â Monday, March 20, 2006

  • Bercerita tentang "Hujung Minggu"

    Menara


    Shai pernah tanya photo yang Am rakamkan semasa berada diatas puncak Menara Kl, inilah salah satu dari koleksi photo tu.

    Dengan suasana yang agak berjerebu dan hujan lebat tiada apa2 yang menarik hendah dipaparkan

    Menara KL...
    Original Upload from O2 Xda II mini

    Permulaan hujung minggu dengan Am diserang sakit kepala yang amat sangat, balik kerumah makan panadol dan terus terbaring, mujurlah sakit kepala kurang sikit kemudian, mungkin kerana cuaca yang kejab panas dan kejab sejuk, isteri Am pula diserang sakit gigi, hari sabtu kami sekeluarga berangkatlah ke klinik gigi, terperanjat juga Am ramai juga pelanggan diwaktu itu ya, secara tidak lansung ramailah yang tahu kepentingan menjaga gigi sekarang.

    Anak Am sahaja yang tak ditimpa sakit, hujung minggu ini dia berhenti makan ubat batuk dia, batuk dah habis, risau juga kami kerana dah sebulan juga dia batuk tak habis-habis.

    Hari minggu tak kemana, akhirnya melayan menonton F1, Ferrari kalah lagi, mungkin tahun ini bukan tahun Ferrari lagi kot, apa2 pun semuanya masih awal lagi.  Sambil tu sempat juga kami kemas bilik tetamu (anak Am panggil bilik stor), kemaskan meja komputer dan sangkut gambar-ganbar yang sebelum ini tersimpan sahaja.

    Fakta Menarik
    The cigarette lighter was invented before the match.


    Nota Kaki:
    Alangkah bagusnya jika tiap2 hari hujung minggu.....


    AbahMuda @ Am @ 09:42 am | 8 Jejak |

    Â Friday, March 17, 2006

  • Bercerita tentang "Brave"

    Bangunan


    Photo ini hadiah dari saudara Irman kita buat Am, dia kata dia rakamkan photo awan ini di P.Pangkor. Terima Kasih banyak-banyak Irman

    Teruja dapat hadiah dari kawan blog ini walaupun hanya sekeping photo


    Terima Kasih...
    Original Upload by Irman

    "Brave"..... perkataan inggeris pertama yang Am rasa paling canggih Am tahu semasa Am sekolah dahulu, dah lupa pula darjah berapa masa itu tapi punyalah seronok rasa macam dah pandai sangat bahasa inggeris masa itu.

    "Brave" atau berani atau keberanian, bila fikir semula tentang berani ini, setiap orang mempunyai maksud sendiri tentang berani, ahli bomba meredah api untuk menyelamatkan mangsa, itu berani, askar meredah hutan dan menyerang musuh, itu berani, ibubapa bapa berdiri dihadapan untuk mempertahankan keluarga, itu juga berani.

    Menegur orang yang melakukan kesalahan walupun orang itu kita tak kenal memerlukan satu keberanian yang tinggi kerana bukan semua orang yang nak buat perkara itu dan berfikir pun untuk buat perkara itu.  Satu lagi bila kita menegur orang kita sendiri tak tahu akan reaksi dari pihak yang kita tegur itu.

    Namun begitu bagi Am pula orang yang paling berani ialah orang yang boleh mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf atas kesalahan mereka.  Minta maaf, bunyinya memang senang tapi tak semua orang mampu melakukannya apatah lagi dalam keadaan yang ikhlas.  Makin tinggi jawatan, kuasa dan harga diri kita makin tinggilah keberanian yang kita perlukan untuk meminta maaf

    Fakta Menarik
    The most common name in the world is Mohammed. 


    Nota Kaki:
    Semalam bukti keberanian, Hari ini menguji keberanian dan Esok mengharapkan keberanian kita

    Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan


    AbahMuda @ Am @ 09:53 am | 5 Jejak |

    Â Thursday, March 16, 2006

  • Bercerita tentang "Darah"

    KLCC2



    Photo ini Am rakamkan di tasik KLCC, nampak cantik pula bayang-bayang bangunan itu di air tasik, Am rasalah jika kamera Am lagi canggih lebih cantik lagi photo ini


    KLCC 2.....
    Original Upload from O2 Xda II mini

    Hari ramai yang nedaftar untuk pemeriksaan darah dipejabat Am, pejabat bayar apa lagi ramailah yang berani menampilkan diri termasuklah Am sendiri.  Keputusan akan keluar dalam lingkungan dua minggu dari hari ini.

    Sebenar beberapa minggu lepas mereka sudah datang untuk pemeriksaan ringkas, lega Am, kandungan gula ok, jantung ok, buah pinggang ok, cuma kolestrol yang keluar sikit dari paras normal.  Satu lagi tekana darah tinggi sikit, dia kata Am tak cukup tidur kot, Am kata kalau dia periksa Am hari cuti silap-silap masih sama juga tapi kali ini kerana terlebih tidur pula hehehe.

    Kebetulan, Am nak beritahu satu benda yang Am baru tahu, sebenarnya jantung kita akan berehat selama 4 jam setiap hari dan waktu rehatnya adalah pukul 11.30 malam hingga pukul 3.30 pagi.  Jadi doktor itu nasihatkan sekurang-kurang 4 hari seminggu kita perlu tidur pada waktu itu.

    Kata-Kata Menarik
    - Accept everything about yourself -- I mean everything, You are you and that is the beginning and the end -- no apologies, no regrets. (Clark Moustakas)
    - Happiness can exist only in acceptance. (Denis De Rougamont)
    - We must accept life for what it actually is -- a challenge to our quality without which we should never know of what stuff we are made, or grow to our full stature. (Ida R. Wylie)


    Nota Kaki:
    Kerja..kerja juga, kesihatan perlu kena jaga juga...


    AbahMuda @ Am @ 09:31 am | 7 Jejak |

        Next Page


  • Dengan topeng maya mencipta jejak, menulis kata, merenung kehidupan, moga dapat bersama-sama meneroka minda dan mengubat jiwa, kerana pahit dan manis itu satu ubat di klinik minda

    Aku & Kehidupan
    AbahMuda 2005

  • Nick : AbahMuda @ Am
  • Location : KL, Malaysia
  • KlinikMinda Guestbook







  • ::link to me::


    AbahMuda@Am


    AbahMuda@Am


    Animate Button Thanks to: activ8ions

    AbahMuda@Am


    Animate Button Thanks to: Kuncup

    ::jejak masa::

    << March 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30 31


    ::alternate tagboard::

       


    ::jejak blogger::



    Abah_Muizz Abiumar Acai Acukk77 Acukk77N Activ8ions AyuSayang AflinShauki Afzan Adinda Aida Aida(New) Aidil Alyza Anakomak Anim Ard Arisa Aza Azhan Azuna BabyDiana BudakSekolah BundaShafiya Carneyz Chika Chot Cikgu CikScarlet Ct Cute-SmiLy! Cyclips D' Diane Dingy DingyN DingyN2 Downforce Duck East@Blogdrive East@Blogspot Elly Faizah FaizulZone Fysal Fysal1 Geargie Hana HE Honey Huda Iemah Iera Iirah Inamaroon Irman Iyandz Iziana Jaja JajaComel Jiji JiwaKacau JiwaRasa Jowopinter Jubeiz Jun KakAyu Katarsis Kadok Kasih Kicap Kmx KT Kunang Kuncup Lizza Madi MamaJ Mazudi ME Meen Mely Meera Meero Mimie Mimpi Mizi MohdImran Mohdismail Moon Nadh Nagacute NagacuteN Narish Narish2 Neezie Nieys NieysWordpress Noamie Nora Noush Op PeeBee PeeBeeN PK Redza Ryzal Sama2 Sanchai Sastri Seek4soul Sejuk SeliparJepun Shai Sharida Sharidatk Siti SnowWhite Sodep Syikin Syira Syi Topek uMIe UstazM VM Yatt YezzeR Yna Yna1 Zali zzzss

    Anang


    CintaSofea D' FaisalTehrani Jendela NizamZakaria SriDiah


    BloggerIdol AffyRonan Archmal CatWalk BilikIni Duyong Ian Natasha Izzu MPijan Nadhirah NadhirahN RedMummy Samasam UjangMD Y2Gay


    ::jejak photo::




    Kunang


    ::Jejak hiburan::



    Era


    TontonFilem


    AkademiFantasia F-Akademi BadrulAfterSix Funky Gila Javard Juandanza Klubbkidd lealaurielle Maddox MyKopitiam Nakal SeniKami SMuzaffar


    ::jejak maklumat::



    Harian Metro


    ::jejak iklan::




    ::credits::

    Powered by: Blog Drive
    designed by: Clone



    Photobucket.com image hosting and photo sharing

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES

    Blogskins'



    Merenung Jejak Kehidupan - Suatu Klinik Minda merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
    Sekian Terima Kasih.
    Hak Cipta Terpilihara.


    Free Website Counter
    Since July, 2005


    rss feed
    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    - "Suatu Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan" AbahMuda@Am -
    Since July 21, 2005