Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan


Anda Sedang Berada Di Zon
Klinik Minda

Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Salih Dan Mereka Yang Berpesan-pesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Sabar

 Wednesday, October 18, 2006

  • Bercerita tentang "Bahasa"

    Norway
    Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa dia dalam didalam kapal dalam perjalanan ke kapal induk tempat dia berkerja.  Adik ipar Am memang kerja diatas laut sahaja.

    Besok akan paparkan photo langit di Malaysia pula, rasanya sudah habis photo di Norway yang menarik untuk dipaparkan disini.


    Norway...
    Original Upload from Canon Digital IXUS 60

    Pelanggan : Boss, hari sabtu berniaga tak?
    Tukang gunting: Berniaga...
    Pelanggan: habis bila cuti?
    Tukang gunting: 21/10/2006 sahaja saya cuti, Depavali laaaa
    Pelanggan: Macam tu hari Sabtu cutilah ya
    Tukang gunting: Saya berniagalah....
    Pelanggan: "Saturday" cuti tak?
    Tukang gunting: Saya cuti
    Pelanggan: Hampeh.com.my betul

    Rupanya tak fasih bahasa malaysia mamak ni, dah lama duduk Malaysia dan dah berniaga di negara ini tapi masih tak tahu hari Sabtu tu samalah dengan "Saturday"

    Fadilat Sembahyang Terawih
    Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.


    Nota Kaki:
    Agaknya ada ramai lagi ker peniaga yang macam ini?.....


    AbahMuda @ Am @ 09:40 am | 2 Jejak |

    Â Tuesday, October 17, 2006

  • Bercerita tentang "Minggu Terakhir & Blogger Idol 2006"

    Kebanyakkan perkerja yang berugama islam, minggu ini akan menjadi minggu terakhir berkerja sebelum hari raya yang akan menjelang.  Bukan sahaja diluar sana tapi di pejabat Am ini mulalah kuih yang ditempah sampai, lagu-lagu raya mula terdengar dari komputer-komputer  dan masih ramai lagi yang menambah atau bershopping mana yang tak cukup.

    Hari ini pihak swasta tidak sudi dengan saranan kerajaan supaya hari Isnin, 23 Oktober sebagai cuti.  Dah agak dah, Am pun bukan kisah sangat kerana cuti Am pun sudah diluluskan dan pejabat Am memang ditutup selama seminggu.

    Blog-blog pun dah mula memainkan lagu raya, Am sahaja yang tak tahu bagaimana nak letak lagu raya MP3 dalam blog Am ini, nanti kalau Am sudah tahu Am akan letakkan lagu raya yang Am minat di blog Am ini.

    Blogger Idol 2006 telah melabuhkan tirainya, lebih awal dari yang dijangkakan berikutan ramai peserta yang hilang kelayakkan dan ada juga yang menarik diri.  Apa-apa pun secara umumnya untuk melahirkan penulis berbakat tercapai jugalah.

    Red Mummy diumumkan secara rasminya sebagai Juara musin 2006 ini, diikuti oleh Dari Bilik Ini dan Nadhirah.  Tahniah kepada semua pemenang dan kita petik kata-kata juara pertama Akedemi Fantasia "Kita semua pemenang Tiada pengalah"

    Fadilat Sembahyang Terawih
    Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)


    Nota Kaki:
    Ada masalah sikit dengan PhotoBucket.com, jadi hari ini "Entry" tak bergambar.....


    AbahMuda @ Am @ 09:45 am | 2 Jejak |

    Â Monday, October 16, 2006

  • Bercerita tentang "Sahur & Shopping"

    Norway
    Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am salah satu puncak tertinggi di bandar pelabuhan semasa dia nak berangkat pulang ke Malaysia.  Adik ipar Am ada beritahu nama bandar pelabuhan ini, cuma Am sahaja dah lupa.

    Dah lama pula tak paparkan photo awan di Malaysia, macam lupa daratan pula Am ini hehehe


    Norway...
    Original Upload from Canon Digital IXUS 60

    Hari Jumaat lepas atas permintaan isteri Am, kami sekeluarga bersahur diluar.  Sebenarnya tak tahu nak kemana akhirnya Kampung Baru jadi pilihan.  Seronoknya anak Am.  Abah dan mama dia boleh tidur sekejab tapi dia berjaga kerana tak sabar-sabar nak bersahur diluar.  Ingat dah nak pagi tak ramai orang, rupanya punyalah ramai orang sampai nak cari tempat "arking" kereta pun masaalah.

    Hari Ahad kami ke KLCC, bukan apa cuma nak belikan kasut anak Am sambil jeling-jeling kasut untuk Am, kalau duit masuk baru sambar hehehe.  Sudah umur 6 tahun anak Am inilah kali pertama Am naik LRT dengan anak Am kerana sebelum ini dia naik dengan mama dia sahaja.  Seronok betul dia, bertambah seronok bila dapat mainan "Power Rangers".

    Dah lama tak naik LRT tapi sifat rakyat Malaysia masih sama seperti dahulu, berat sangat badan untuk beri duduk pada yang memerlukannya, ada yang buat-buat tidur ala-ala Adlin Ramli, ada yang buat-buat tak nampak dan paling sakit hati ada yang buat-buat tak perasan orang suruh dia bangun beri tempat duduk pada orang lain.

    Fadilat Sembahyang Terawih
    Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
    Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
    Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.


    Nota Kaki:
    Aduh....besok ada mesyuarat, tak seronok betul mesyuarat dalam bulan puasa ni.....


    AbahMuda @ Am @ 09:49 am | 2 Jejak |

    Â Friday, October 13, 2006

  • Bercerita tentang "Internet & Email"

    Norway
    Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa waktu senja semasa dia bertugas diatas kapal ditengah laut di Norway tu.  Ada photo pelangi tapi tak jelas sangat jadi malas pula Am paparkan disini.

    Nampaknya photo Am akan disimpan sehingga semua photo Norway ini habis dipaparkan disini


    Norway...
    Original Upload from Canon Digital IXUS 60

    Sudah hampir seminggu rasanya Am tak boleh "View" blog Am, hantar entry boleh tapi tuan punya sendiri tak boleh "View", nak buat macam mana kan.  Nak marah tak boleh pasal terang-terang benda ini percuma, sabar sahajalah.  Maaf kepada semua yang meninggalkan jejak dan lambat dapat balasan dari Am.  Hari ini harap boleh Am "settle" kan segala hutang Am dengan pengunjung-pengunjung blog Am ini.

    Hari ini Am hendak bercerita tentang dunia internet dan email.  Baru-baru ini banyak email hendak membaikot Golgate kerana kurang peka dengan tanda halal dan akhirnya pihak pengurusan Golgate mungkin akur dan dapat dilihat dalam iklan terbaru mereka, begitu juga dengan roti Hi5, sampai terpaksa tutup kilang "kecil"nya atas desakan melalui email.  Email ini kalau digunakan dengan baik baiklah dapatnya.

    Namun begitu sangat mengecewakan pula bila dengan bekas-bekas pelajar intitusi tinggi membuat laman haram bank untuk mengelapkan duit pelangan bank.  Am tak tahulah samada taraf keselamatan bank itu sendiri terlalu lemah atau pelajar-pelajar ini yang terlalu pandai tak bertempat.

    Fadilat Sembahyang Terawih
    Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
    Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


    Nota Kaki:
    Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.....


    AbahMuda @ Am @ 09:39 am | 5 Jejak |

    Â Wednesday, October 11, 2006

  • Bercerita tentang "Dewasa"

    Norway
    Photo ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa di bertugas di Norway, menurut adik ipar Am, air yang bertakung diatas gunung itu menjadi sumber air mineral mereka

    Photo ini adik ipar Am rakamkan semasa dia didalam kapalterbang untuk pulang ker Malaysia




    Norway...
    Original Upload from Canon Digital IXUS 60

    Kadang kala Am lihat cara anak Am bercakap lebih dewasa dari umurnya.  Kadang kala Am terkedu juga bila dia gunakan bahasa seperti orang yang dah dewasa bercakap.  Am rasalah persekitarannya membuatkan dia lebih cepat dewasa dari umurnya.

    Paling tak tahan kalau dia mencipta alasan, payah juga Am nak marah kerana walaupun Am tahu itu alasan tapi bila difikirkan semula logik juga alasannya.  Banyak juga alasan dia yang Am terfikir dia akan beri.

    Fadilat Sembahyang Terawih
    Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


    Nota Kaki:
    Anak dah nak besar tapi adiknya belum nampak bayang lagi hehehe.....


    AbahMuda @ Am @ 09:40 am | 3 Jejak |

    Previous Page    Next Page


  • Dengan topeng maya mencipta jejak, menulis kata, merenung kehidupan, moga dapat bersama-sama meneroka minda dan mengubat jiwa, kerana pahit dan manis itu satu ubat di klinik minda

    Aku & Kehidupan
    AbahMuda 2005

  • Nick : AbahMuda @ Am
  • Location : KL, Malaysia
  • KlinikMinda Guestbook







  • ::link to me::


    AbahMuda@Am


    AbahMuda@Am


    Animate Button Thanks to: activ8ions

    AbahMuda@Am


    Animate Button Thanks to: Kuncup

    ::jejak masa::

    << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    ::alternate tagboard::

       


    ::jejak blogger::



    Abah_Muizz Abiumar Acai Acukk77 Acukk77N Activ8ions AyuSayang AflinShauki Afzan Adinda Aida Aida(New) Aidil Alyza Anakomak Anim Ard Arisa Aza Azhan Azuna BabyDiana BudakSekolah BundaShafiya Carneyz Chika Chot Cikgu CikScarlet Ct Cute-SmiLy! Cyclips D' Diane Dingy DingyN DingyN2 Downforce Duck East@Blogdrive East@Blogspot Elly Faizah FaizulZone Fysal Fysal1 Geargie Hana HE Honey Huda Iemah Iera Iirah Inamaroon Irman Iyandz Iziana Jaja JajaComel Jiji JiwaKacau JiwaRasa Jowopinter Jubeiz Jun KakAyu Katarsis Kadok Kasih Kicap Kmx KT Kunang Kuncup Lizza Madi MamaJ Mazudi ME Meen Mely Meera Meero Mimie Mimpi Mizi MohdImran Mohdismail Moon Nadh Nagacute NagacuteN Narish Narish2 Neezie Nieys NieysWordpress Noamie Nora Noush Op PeeBee PeeBeeN PK Redza Ryzal Sama2 Sanchai Sastri Seek4soul Sejuk SeliparJepun Shai Sharida Sharidatk Siti SnowWhite Sodep Syikin Syira Syi Topek uMIe UstazM VM Yatt YezzeR Yna Yna1 Zali zzzss

    Anang


    CintaSofea D' FaisalTehrani Jendela NizamZakaria SriDiah


    BloggerIdol AffyRonan Archmal CatWalk BilikIni Duyong Ian Natasha Izzu MPijan Nadhirah NadhirahN RedMummy Samasam UjangMD Y2Gay


    ::jejak photo::




    Kunang


    ::Jejak hiburan::



    Era


    TontonFilem


    AkademiFantasia F-Akademi BadrulAfterSix Funky Gila Javard Juandanza Klubbkidd lealaurielle Maddox MyKopitiam Nakal SeniKami SMuzaffar


    ::jejak maklumat::



    Harian Metro


    ::jejak iklan::




    ::credits::

    Powered by: Blog Drive
    designed by: Clone



    Photobucket.com image hosting and photo sharing

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES

    Blogskins'



    Merenung Jejak Kehidupan - Suatu Klinik Minda merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
    Sekian Terima Kasih.
    Hak Cipta Terpilihara.


    Free Website Counter
    Since July, 2005


    rss feed
    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


    - "Suatu Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan" AbahMuda@Am -
    Since July 21, 2005