Entry: Selamat Hari Raya AidilFitri Thursday, October 19, 2006



Am mengambil kesempatan pada entry kali ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua teman-teman yang sudi mengunjungi blog Am ini.

Am juga ingin memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah bahasa, tersalah perkataan hingga menguris hati sesiapa biarpun secara Am sedar atau tidak.

Pesanan kepada semua yang balik beraya di kampung dengan apa jua kenderaan agar kita semua berhati-hati dijalan raya dan kita menjadi salah seorang yang menambahkan statistik kemalangan itu.  Kalau drebar bas tu memandu gila-gila cakap kat dia "Bos, kawan blog saya Am suruh bawa ikut peraturan"

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”


Nota Kaki:
eeeehh lagi 4 hari dah nak raya rupanya.........

   10 comments

irman
October 31, 2006   11:17 PM PST
 
masih bercuti?
nak minta tolong komen sikit post man klu tau la...penting dan urgent!
neeziee
October 22, 2006   01:03 AM PDT
 
selamat hari raya am
blackpurple
October 20, 2006   05:50 PM PDT
 
Selamat menyambut eidul fitr' buat Am sekeluarga..

Maaf zahir & batin. Kita memang tak sunyi dari salah silap....
Faizah
October 20, 2006   11:02 AM PDT
 
selamat hari raya aidilfitri buat Am dan family, samalah kita.. minta maaf yer
Sastri
October 20, 2006   09:38 AM PDT
 
Selamat Hari Raya Am... Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau apa jua posting yg menyinggung perasaan selama ini... Berhati2 memandu pulang yea...
nagacute
October 20, 2006   06:11 AM PDT
 
slm raya jgk buat Am sekeluarga.. saya x balik kg... umah nenek 10 minit je dr umh... tiap hr pn balik kg... hehe
mohdismail
October 19, 2006   09:42 PM PDT
 
kejap je Am masa berjalan kan?
*selamat hari raya..nak duet raya seguni..hhehe
cikgubiz
October 19, 2006   05:59 PM PDT
 
Am Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Iyandz
October 19, 2006   03:24 PM PDT
 
Semoga selamat sampai ke kampung halaman dan selamat kembali..:D
Abah Muizz
October 19, 2006   12:44 PM PDT
 
Am, nanti drebar bas tu tanya "Siapa Am tuh? Majistret? Lawyer? Ahli musik??

- Apa abah nak jawab??? Hehehe, gurau saja Am. Selamat Idul Fitri.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments