Entry: Bercerita tentang "Tertangguh" Friday, November 03, 2006



Norway
Photo ini dirakamkan semasa bulan puasa lepas, sedang teman anak Am main bunga api terus Am rakamkan photo ini

Anak Am main bunga apai sorang sahaja kerana sepupu dia takut main bunga api.  Setakat bunga api Am beri dia main kalau mercun menangis pun Am tak beri.

 

Bunga Api...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Lama betul tak menulis apa-apa disini, sibuk lepas balik bercuti ditambah pula blogdrive ini belum hilang lagi masaalahnya sepenuhnya.  Banyak benda yang hendak diceritakan terpaksa ditangguhkan dan akhirnya terlupa.

Dua hari lepas terima surat dari Bank tempat Am buat pinjaman rumah Am.  Surat tawaran penanguhan bayaran untuk bulan November dan Disember.  Penanguhan ini semperna budak hendak masuk sekolah nanti.  Nampaknya bank pun sudah tahu bebanan kewangan ibubapa bila anak nak masuk sekolah.

Ayah Dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Semalam lihat cerita "Pondok Buruk 2" tiba-iba lagu ini sentiasa berlegar dibibir Am  


Nota Kaki:
Mood raya masih lagi membara ni.....

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

   1 comments

mazudi
November 3, 2006   11:17 AM PST
 
Bagus pulak bank sekarang ni eek. Setengah tu, lewat sari terus tepon mintak hutang.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments