Entry: Bercerita tentang "Open House, Suasana dan Ujian" Monday, November 06, 2006



Awan
Photo ini dirakamkan kalau tak silap pada hari raya keempat semasa Am sudah pulang ke rumah semula, seronok masa itu bila lihat awan sudah kembali biru dan matahari tidak dilindungi jerebu

Sekarang jerebu dah makin nipis walaupun belum pulih sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mutu udara sudah jauh lebih baik

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hujung minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti beraya, biasalah ramai yang jemput "Open House".  Biasalahnya hari raya inilah yang tak kenal jadi kenal dan bermacam cerita juga diceritakan dan banyak juga Am dapat ilmu dari perbualan-perbualan Am itu.

Am sebenarnya seronojk dengan suasana tempat tinggal Am sekarang, walaupun boleh dikatakan bandar tapi suasana "Kampungnya" masih kuat lagi.  Mak Am ada merungut suasana dikampung Am dah tak macam kampung, ramai muka-muka baru yang gemar berebut kuasa.  Rutin-rutin seperti  bertakbir dari rumah kerumah bagai sudah nak terhapus.

esok bermulalah Ujian anak Am di tadika dia, ujian yang terakhir di tadika kerana selepas ini dia darjah satu pula.  Anak Am tak sabar nak periksa kerana selepas periksa boleh cuti panjang.  Am ingat apa yang dia tak sabar, rupanya pasal itu.


Nota Kaki:
Rumah Am sentiasa terbuka tak kira raya atau tidak

   3 comments

syikin
November 10, 2006   08:51 AM PST
 
salam,

part rebut kuasa tulah tak suka tu, boleh hidup berpuak2 jadinyakan? kalaulah depa tau yg jd pemimpin ni sbnrnya sebelah kaki kat syurga n sblh kaki kat neraka (berdasarkan hadith Nabi)..agaknya depa ni mau dak rebut kuasa?

anak saya dah abih dah exam kat tadikanya tu..minggu akhir sekolah ni nanti baru tau resultnya.

bagusnya bank tu. Bank mana satu ni? peka tul ngan bebanan kewangan client depa.
babydian
November 7, 2006   10:24 AM PST
 
anak am sebaya abang nial. tahun depan darjah satu. hari sabtu lepas gi sekolah darjah satu utk tentukan kemahiran murid2. seronok ajer abang nial...
Sastri
November 6, 2006   02:49 PM PST
 
Selamat Hari Raya Am... mmg seronok beraya kat kpg... lama bercoti, nak start keje punye laa liat... seronok ek anak Am nak coti pjg... keskeskes

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments